Peraturan Penginapan D Rona Homestay (Penting)

PERATURAN PENGINAPAN di RONA HOMESTAY
1.    Check-in/Check-out
a.    Check-in adalah pada 2:00 petang dan ke atas. Masa check-out tepat 12:00 tengah hari. Untuk check-out awal, sila maklumkan kepada kami pada waktu malam sebelum hari check-out atau sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masa checkout. Sila tepati masa untuk check-in dan check out.
b.    Dalam sesetengah keadaan, akses kepada homestay mungkin ditangguhkan kerana pembersihan atau penyelenggaraan. Tiada diskaun untuk check-in lewat. 
c.    Untuk check-in, tetamu mesti memaklumkan ketibaan melalui telefon sekurang-kurangnya 2 jam sebelum ketibaan. Sila isi borang di pondok pengawal terlebih dahulu sebelum check-in.Kunci Homestay dan pass letak kereta akan diberikan semasa check-in, selepas itu kereta tetamu boleh diletakkan di dalam apartment di tempat letak kereta yang ditetapkan. Tempat letak kereta yang disediakan adalah terhad - dalam apartment 1 kereta sahaja. Kereta-kereta lain boleh diletakkan di luar apartment.
2.    Bayaran sewa
Pembayaran penuh bersama-sama dengan security deposit mesti dibuat semasa check-in, secara tunai.
3.    Kunci.
Kunci Homestay dan pass letak kereta akan diberikan semasa check-in dan mesti dikembalikan semasa check-out. Bayaran RM100 dikenakan untuk security deposit untuk kunci homestay dan pass letak kereta. Security deposit akan dikembalikan sebaik sahaja kunci homestay dan pass letak kereta dikembalikan semasa check-out.
4.    Dadah & Aktiviti Haram adalah dilarang sama sekali.
5.    Kepada pasangan lelaki dan perempuan, hendaklah yang telah berkahwin di bawah undang-undang Syariah Islam bagi yang muslim atau pun undang-undang agama lain bagi yang bukan muslim. Pasangan bukan muhrim tidak dibenarkan menduduki homestay ini. RONA Homestay mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan sewaan tanpa NOTIS.
6.    Housekeeping. Homestay ini akan dibersihkan sebelum ketibaan dan selepas pemergian tetamu. Anda akan bertanggungjawab untuk kebersihan homestay sepanjang penginapan anda dan meninggalkan unit dalam keadaan yang baik semasa check-out. Sila jaga dengan baik homestay ini seperti mana rumah anda sendiri.
7.    Hanya makanan dan minuman HALAL untuk dimakan / disediakan di homestay ini.
8.    BINATANG PELIHARAAN ADALAH TIDAK DIBENARKAN. Dasar ini dikuatkuasakan dengan tegas. RONA Homestay mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan sewaan.
9.    Unit tidak boleh disewakan.
10.  Kecederaan. Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa RONA Homestaytidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
11.  RONA Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam unit homestay.
12.  Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik.
13.  Dasar jiran yang baik. Tetamu tidak dibenarkan membuat bising, parti, menyanyi, menari memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan apartment dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
14.  Pembuangan sampah mestilah dibuat ketempat yang telah ditetapkan oleh pihak JMB Fasa 3 iaitu di sebelah kanan dan kiri bangunan. (Tong sampah disediakan)
15.  Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Apartment. Sila mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal penggunaan apartment yang anda duduki. Kaedah-kaedah ini terpakai untuk tetamu.



NO TELEFON PENTING

IPPD Kuala Selangor
IbuPejabat Polis Daerah Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor
Tel: 03 - 3289 1222
Fax: 03 - 3289 4969

Polis SaujanaUtama           Pejabat                                               03-6038 2222
Polis Alam Jaya                   Pejabat                                               03-3392 0178

Hospital                                 SgBuloh                                            03-6145 4333
                                                Selayang                                           03-6120 3233
                                                Klang                                                 03-3375 7000





No comments:

Post a Comment